Tuesday, March 11, 2008

method geografi

DEFINISI

Bab ini akan menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai tarikan semula jadi dalam pelancongan. Tarikan semula jadi melibatkan faktor iklim yang nyaman dan segar, cuaca, flora dan fauna, serta keadaan muka bumi yang cantik dan menarik untuk kegiatan pelancongan . Manakala tarikan budaya pula melibatkan aspek arkeologi, tempat bersejarah, budaya, seni kraf tangan, dan kegiatan ekonomi yang unik dan menarik. Malaysia mempunyai tapak arkeologi yang bukan sahaja menjadi kawasan tumpuan pelancongan. Tarikan yang ketiga ialah tarikan istimewa yang melibatkan taman rekreasi,taman bertema (team park), contohnya Sunway Lagoon, The Mines Resort, Pasar Budaya, pusat membeli belah dan sebagainya. Aspek geografi manusia pula menghuraikan bagaimana kaedah pemetaan, taburan aktiviti digunakan dalam promosi pelancongan.

Geografi merupakan salah satu disiplin yang digunakan dalam mengkaji keberkesanan promosi pelancongan di Malaysia bagi isu yang dipilih iaitu Tahun Melawat Malaysia. Ia dapat dilihat menerusi tarikan semula jadi, budaya, dan istimewa. Geografi merupakan kajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan"). Geografi juga merupakan pelbagai buku sejarah berkenaan bidang ini, khususnya Geographia oleh Klaudios Ptolemaios pada abad ke-2. Geografi lebih daripada pengkajian peta. Ia bukan hanya menyiasat dimana kedudukan di bumi, kadang kala digelar kedudukan di angkasa. Geografi mengkaji sama ada ia disebabkan oleh manusia atau secara semulajadi. Geografi juga mengkaji kesan perbezaan tersebut.



2.2 CABANG GEOGRAFI

Geografi terbahagi kepada dua iaitu geografi fizikal dan geografi manusia. Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. Manakala Geografi manusia ialah aspek yang merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.

2.2.1 Geografi fizikal

Tidak dapat dinafikan faktor geografi fizikal mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mempromosikan pelancongan di Malaysia. Geografi fizikal berkaitan alam semulajadi di mana ia merupakan sumber utama dalam kegiatan pelancongan di negara. Dalam method geografi fizikal tarikan ke atas pelancongan boleh dipecahkan kepada tiga jenis. Tarikan yang utama ialah tarikan semula jadi, seterusnya tarikan budaya dan tarikan istimewa. Sememangnya ketiga-tiga tarikan ini dapat mempengaruhi kegiatan manusia terutamanya dalam konteks pelancongan. Dengan ini ia mampu menarik minat kegiatan pelancongan di Malaysia, seterusnya menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.

2.2.1.1 Tarikan semula jadi dalam mempromosi Tahun Melawat Malaysia

Di sini akan diterangkan dengan lebih jelas mengenai tarikan semula jadi dalam pelancongan. Tarikan semula jadi melibatkan faktor iklim yang nyaman dan segar, cuaca, flora dan fauna, serta keadaan muka bumi yang cantik dan menarik untuk kegiatan pelancongan. Di Malaysia iklim yang panas dan lembab sepanjang tahun terutamanya di kawasan pulau-pulau yang mempunyai pantai yang berpasir indah telah berupaya menarik pelancong dari negara-negara yang beriklim sejuk seperti Eropah, Jepun, Amerika Syarikat, dan lain-lain untuk melancong ke Malaysia. Keadaan iklim yang nyaman dan dingin di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Bukit Fraser juga mampu menarik minat pelancong. Iklim yang panas dan lembab sepanjang juga telah mewujudkan hutan hujan tropika yang menyebabkan wujudnya pelbagai spesis flora dan fauna di Malaysia. Bahkan tarikan ini bukan sahaja dapat menarik minat para pelancong untuk datang ke Malaysia, malah sebagai tempat kajian saintifik di kalangan ahli sains dalam dan luar negara.

Selain itu Malaysia turut mempunyai bentuk muka bumi yang sesuai untuk kegiatan pelancongan. Antaranya seperti gua, stalagtit, stalagmit, sarang burung layang-layang, sungai dan sebagainya yang mampu menjadi tarikan pelancongan, contohnya di Gua Niah, Gua Mulu, dan Batu Caves. Malaysia juga mempunyai taburan lautan yang cantik dan sesuai untuk dijadikan lokasi pelancongan yang menarik seperti Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Aktiviti geiser atau pancutan air panas yang berlaku pula telah mewujudkan kolam air panas contohnya Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling, Kedah telah berupaya menjadi kawasan tumpuan pelancong asing dan domestik untuk berendam dan mandi. Kolam air panas ini dipercayai mempunyai kandungan sulfur yang dapat mengubati penyakit kulit.

Kepelbagaian flora dan fauna juga telah menjadikan Malaysia menarik untuk dilawati. Sebagai contoh pelancong dapat mengembara ke alam semula jadi untuk menikmati keindahannya. Pelancong yang datang dari kota besar pula akan mudah tertarik dengan keadaan semulajadi yang mempunyai udara yang segar dan mendamaikan. Sementara itu Malaysia juga mempunyai bekalan rotan, nipah dan daun contoh untuk dijadikan kraf tangan yang boleh menjadi bahan jualan cenderamata untuk menarik pelancong.








2.2.1.2 Tarikan budaya dalam mempromosi Tahun Melawat Malaysia

Tarikan budaya pula melibatkan aspek arkeologi, tempat bersejarah, budaya, seni kraf tangan, dan kegiatan ekonomi yang unik dan menarik. Malaysia mempunyai tapak arkeologi yang bukan sahaja menjadi kawasan tumpuan pelancongan. Salah satu tempat yang bersejarah ialah negeri Melaka. Melaka merupakan salah satu destinasi pelancongan sangat popular di Malaysia. Ia bukan sahaja dikunjungi oleh pelancong tempatan malah pelancong dari luar turut berkunjung ke lokasi pelancongan yang cukup bersejarah sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Kegiatan ekonomi yang unik seperti industri kraf tangan yang menghasilkan produk seperti batik, congkak, topi, dan payung mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam konteks pelancongan. Pelancong dapat membeli barangan ini sebagai tanda kenangan atau buah tangan apabila pulang ke negara asal mereka. Kewujudan industri desa yang lain seperti seni ukir, dan makanan mempunyai daya penarik terhadap pelancongan di Malaysia. Industri makanan desa seperti cencaluk, keropok, satay ikan, buah pala dan lain-lain juga mampu menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia kerana makanan sebegini tidak terdapat di negara asal mereka. Kebudayaan di sesuatu tempat juga mampu menjadi tarikan kepada pelancong. Contohnya di kawasan perkampungan nelayan terdapat kemudahan pelancongan yang disediakan oleh nelayan di situ. Kemudahan ini termasuklah tempat penginapan di pinggir pantai atau kelong, pengangkutan seperti bas mini untuk membawa pelancong ke tempat-tempat terkenal, kemudahan bot untuk ke pulau-pulau dan menjadi pemandu pelancong untuk membawa pelancong pergi ke gua-gua dan gunung-gunung. Sebagai contoh perkampungan nelayan di Mersing, Johor. Penduduk tempatan turut menyediakan kedai-kedai jualan bahan-bahan tempatan dan cenderamata sebagai tarikan kapada pelancongan.






2.2.1.3 Tarikan istimewa dalam mempromosi Tahun Melawat Malaysia

Tarikan yang ketiga ialah tarikan istimewa yang melibatkan taman rekreasi,taman bertema (team park), contohnya Sunway Lagoon, The Mines Resort, Pasar Budaya, pusat membeli belah dan sebagainya. Kewujudan pasar-pasar tani di kawasan pelancongan utama telah menggalakkan lagi aktiviti pelancongan di Malaysia. Malaysia juga mempunyai taman tema air yang terbesar iaitu A Famosa Water World, yang menjadi tarikan kepada pelancong. Pelbagai pesta turut dianjurkan bagi mempromosikan pelancongan di taman bertema seperti ini, contohnya konsert daripada artis-artis terkenal tanah air serta boleh menikmati pelbagai permainan dan hiburan yang menyeronokkan seperti di Taman Tema Genting Highland.

Di kawasan ekopelancongan, usaha-usaha memperkenalkan hasil pertanian kepada para pelancong banyak dilakukan. Usaha ini daapat mendedahkan para pelancong dengan hasil-hasil keluaran pertanian seperti buah-buahan, sayur-sayuran, makanan laut dan sebagainya. Hasil ini boleh dijual dengan kerjasama hotel di mana ia dapat menyediakan pelbagai menu tempatan kepada pelancong asing. Pasar Siti Khadijah umpamanya merupakan salah satu tarikan kepada pelancongan yang agak popular di Malaysia. Pasar ini yang terletak di tengah-tengah Bandar Kota Bharu adalah destinasi pelancongan terkenal di negeri Kelantan. Pasar ini sangat unik kerana menempatkan peniaga-peniaga wanita yang menjual pelbagai jenis barangan basah dan kering serta kraf tangan dari Negeri Kelantan. Kewujudan pasar-pasar sebegini sememangnya dapat menjadi daya penarik kepada kegiatan pelancongan.